Selasa, 19 Januari 2021

BBN3402SATU2020:PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt.

 Ini adalah tugasan bagi minggu 13 dan juga merupakan tugasan terakhir dalam blog ini. 😢Secara keseluruhannya, tugasan blog merupakan yang paling banyak, memandangkan semua tugasan majoritinya perlu dipertontonkan di sini. Namun begitu, meskipun pada awalnya terdapat sedikit keluhan untuk menyiapkan tugasan tetapi masih lagi bersyukur kerana dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan.😁 Kursus BBM3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer merupakan kursus yang cukup memberikan saya banyak ilmu baru, lebih-lebih lagi berkenaan proses dalam menghasilkan sesebuah penterjemahan, di samping perlu belajar untuk aktif dalam media sosial di samping membantu untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan terhadap digital pada masa kini. Apa yang saya dapati hasil pembelajaran selama hampir dua bulan ini adalah, menghasilkan sesebuah penterjemahan itu sebenarnya bukan pekerjaan yang mudah. Ia tidak boleh dilakukan begitu sahaja tanpa pengetahun yang khusus. Oleh kerana itu tidak hairanlah bayaran yang diperoleh oleh penterjemah agak lumayan, seperti yang selalu diceritakan oleh Prof Normaliza. Jadi, saya dapat melihat ini sebagai kesempatan dan ruang untuk saya menjana pendapatan suatu hari kelak. Mungkin ia akan menjadi pekerjaan sambilan sekiranya ramai yang memerlukan khidmat ini. Berkenaan penilaian tentang kursus ini, terdapat beberapa hal yang ingin saya ceritakan. 

Pertamanya, seperti semester lepas saya termasuk rakan-rakan yang lain masih meneruskan pembelajaran secara maya. Meskipun tempoh ini sudah hampir mencecah satu tahun, tetapi kejanggalan belajar dalam keadaan sebegini masih dirasai. 😞😞Pada awalnya, bukan sahaja saya tetapi rakan-rakan yang lain semestinya berdepan dengan cabaran dan dugaan. Di samping tidak mudah untuk memahami topik pembelajaran, masalah rangkaian Internet juga menjadi cabaran besar yang hampir mengundang tekanan jiwa kepada saya. Namun begitu, meskipun pada awal pembelajaran pensyarah telah menetapkan tarikh penghantaran tugasan yang membuatkan saya agak terkejar-kejar tetapi saya kini dapat menarik nafas lega kerana minggu kuliah sudah hampir selesai. Kuliah pada hari ini, dan di awal-awal minggu itu pensyarah menetapkan agar disiapkan tugasan tersebut sebelum 2 jam misalnya: cabaran bagi saya yang menghadapi masalah Internet. Namun begitu, minggu-minggu kebelakangan ini pensyarah  bertimbang rasa dengan memberikan tempoh seminggu untuk menyelesaikan tugasan. Peluang ini saya manfaatkan sepenuhnya, dan ia membolehkan saya menguruskan masa dengan baik.

 Hal kedua yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan penguasaan terhadap kuliah. Saya masih teringat pada awal-awal minggu permulaan kuliah, saya kurang memahami topik yang diajar, tetapi mujurlah tiap kali kuliah pensyarah mengambil kaedah dengan memberi tugasan sebagai bahan amali bagi saya untuk lebih memahami dan mempraktikkan ilmu yang diberikan. Meskipun pada awalnya saya berhadapan dengan masalah, namun pada akhirnya saya dapat memahami dengan jelas perihal penterjemahan ini. Subjek ini di samping mendedahkan kepada ilmu penterjemahan, ia juga melatih saya untuk menjadi seorang penterjemah yang baik pada masa akan datang. Ini pastinya memerlukan latihan dan masa bagi mencapai tahap sebagai penterjemah yang bagus. 

Ketiganya, melalui kursus ini saya diajar untuk menjadi seorang yang bijak menguruskan dan membahagikan tugasan, di samping teknik tentang gerak kerja dalam sebuah kumpulan. Setiap minggu akan diberikan tugasan individu dan juga kumpulan, jadi sudah tentunya pengurusan masa juga perlu diambil kira. Masa yang terluang perlu dimanfaatkan sebaiknya. 

Akhir kata, terima kasih kepada Profesor Normaliza atas didikan yang diberikan. 💚💛💜💟

Bukti kegigihanku! 💪💪💪

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL


BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL


BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI


BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1


BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS


BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL


BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS


BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA


BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020; MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN34O2SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO 13


Serius la banyak macam ni?? Kenapa, tak percayakah? Huhu.


Setiap perjuangan manusia itu berbeza, dan ini perjuangan saya. Yahooooooo, habis juga! Alhamdulillah. 😂😂😂😂


Tiada ulasan:

Catat Ulasan