Tugasan Individu minggu 11 😃
1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.
Terjemahan Melayu: Melalui mata awak, saya tahu bahawa awak adalah orang yang baik.
Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)
Saya yang istimewa
Dilihat orang setiap masa
Kasih sayang dikongsi bersama
Abang kakak dan adik serta ibu bapa
2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.
Terjemahan Melayu: Yang namanya rakan itu adalah dia yang memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda menjelaskan keadaan tersebut.
Bukti: Lirik lagu 1 (Keluarga)
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.
Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah bilamana dia tidak bersikap terlalu menghakimi diri anda
Bukti: Lirik lagu 2 (Diri)
Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga
4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.
Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa tercabar.
Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)
Saya cuba memahami
Diri saya begini
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati
5. Teks Asal: I am willing what I have with others.
Terjemahan Melayu: Saya sudi berkongsi apa yang saya ada bersama dengan orang lain.
Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.
Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua perkara yang anda lakukan.
Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.
Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.
Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)
Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna
8. Teks Asal: I am a full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.
Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberikan kesan negatif kepada orang lain.
Bukti: Lirik lagu 3 (Saya yang Istimewa)
Saya yang istimewa
Dilihat orang setiap masa
Kasih sayang dikongsi bersama
Abang kakak dan adik serta ibu bapa
9. Teks Asal: Athough I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.
Terjemahan Melayu: Walaupun saya dicabar secara emosional tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membuat anda merasa terbeban.
Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)
Saya cuba memahami
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati
10. Teks Asal: My parents will be happy when I am better person.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.
Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Bukti kehadiran minggu 11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan