Isnin, 4 Januari 2021

BBM3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 Tugasan individu minggu 11 😀


Tesis merupakan hasil kajian yang ditulis dan diolah sendiri tanpa melibatkan unsur 'copy paste' daripada karya-karya pihak lain. Sekiranya ia terjadi, maka seseorang boleh diambil tindakan kerana menciplak hasil karya individu lain. Selain itu, Turnitin ataupun tool yang lain perlu digunakan dalam sesebuah penulisan sebelum ia dihantar kepada penyelia ataupun jurnal. Dalam memastikan penulisan tidak berhadapan dengan sebarang masalah, sewajarnya dilakukan pembacaan terhadap rujukan yang dirujuk, di samping boleh memberikan kesan pemahaman yang lebih mendalam tentang topik-topik yang berkenaan. Dalam hal ini, hal yang turut dapat membantu adalah dengan menghadiri seminar ataupun persidangan agar segala input yang diperlukan berkaitan dengan kajian dapat diperoleh. 

Di samping itu, harus diingat bahawa terdapat hal-hal terperinci yang perlu difokuskan dalam penghasilan setiap bab dalam tesis tersebut. Setiap bab telah ditetapkan anggaran bagi muka suratnya. Dengan adanya panduan ini, ia membolehkan seseorang itu menjangkakan jumlah bagi setiap penulisan yang dihasilkan kelak. Ini menggambarkan bahawa pentingnya dilakukan perancangan ataupun jadual untuk sepanjang tempoh pengajian dalam menghasilkan sebuah tesis. 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Bukti kehadiran minggu 11




Tiada ulasan:

Catat Ulasan