Selasa, 29 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 



Tugasan individu minggu 10 😊

1.Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang lagi agar saya kembali tenang.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara menyapu sampha. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum.


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir yang saya ada bersama-sama awak akan kekal sebagai detik bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluaega adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain. 


3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Untuk hidup dalam kemiskinan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan adalah lebih penting daripada yang lain. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,'' tanya Alim kepada ibunya. "Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.


4. Teks Asal: I will work to climb the highest mountain although i know it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki puncak yang tertinggi meskipun saya tahu ia akan menjadi hal yang paling sukar hampir setiap waktu. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari,Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.


5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan jadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.


6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andaikata saya dapat meluahkan rasa cinta terhadap awak, sayalah orang yang paling bahagia di dunia. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya menaruh kepercayaan terhadap awak.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!, bisik ibu perlahan. 


8. Teks Asal: I want someone to that me that it is going to be fine

Terjemahan Melayu: Saya perlukan seseorang untuk mengatakan bahawa semua akan baik-baik sahaja.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.


9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu dan ayah yakin bahawa saya akan menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa", kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu, UMT. 




Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.




Bukti kehadiran minggu 10
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan