Rabu, 16 Disember 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

 


Tugasan individu bagi minggu 8


TEKS ASAL:







PENTERJEMAHAN:


Bersabarlah dalam menunggu. Jangan sesekali beranggapan ia sebuah hukuman. Ia mungkin sekali sebuah perlindungan buatmu. Dan semestinya ia sebenarnya adalah suatu persiapan bagi menunggu detik pintu tersebut dibuka. Semua ini terjadi berkaitan dengan masa. Tuhan Maha Mengetahui waktu yang terbaik untuk memberikan semua yang kau pinta tika siang dan malam.



TEKS ASAL




PENTERJEMAHAN:

Orang yang  sepatutnya anda bersaing adalah diri anda sendiri. Orang yang sepatutnya anda kawal adalah diri anda pada hari kelmarin. Fokus kepada diri sendiri dan kekurangan diri. Berazamlah untuk menjadi insan yang lebih baik pada setiap hari. Rumput anda tidak akan menjadi lebih hijau sekiranya anda  melihat dan  rumput orang lain. 



TEKS ASAL



PENTERJEMAHAN:

Kita semua pernah membuat pilihan yang salah pada masa lampau. Jangan biarkan kekesalan menyelubungi dirimu. Pintalah pertolongan daripada Allah Taala dan percaya bahawa Dia inginkan yang terbaik buatmu. Percayalah bahawa Dia akan menebus masa lampau dan mengurniakan kebahagiaan buat dirimu. Tinggalkan keresahan di belakang dan bergeraklah ke hadapan dengan iman. 



TEKS ASAL:




PENTERJEMAHAN:

Hidup adalah ujian demi ujian. Bersedialah untuk diuji dengan ketakutan, kegagalan, kehilangan, kesihatan dan kesenangan. Hadapi ia dengan sabar atau kecewa dan sengsara? Hal yang membuatkan anda perlu tetap berjuang adalah bayangan dan tanggapan yang tidak pernah berhenti. Allah Taala mempunyai syurga yang cantik, yang pasti menunggu anda. Jangan putus asa!



TEKS ASAL:




PENTERJEMAHAN:

Kadangkala jawapan kepada doa anda adalah bukan  apa yang Allah beri, tetapi dari yang anda hilang. Mungkin anda tidak akan dapat melihatnya  segera tetapi lama kelamaan anda akan sedar bahawa kehilangan itu a adalah kekuasaan Allah a. Dia sedang menyelamatkan dirimu daripada malapetaka. Jadilah orang yang bersyukur kerana anda tidak mampu melakukannya sendirian. 




Bukti kehadiran minggu 8. Acah bahagia ya Internet tiada 😂😂 Kerja tetap buat ya. Hadir tetap hadir. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan